Etika Profesional merupakan salah satu cabang softskill yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu. Kemahiran ini diperlukan dalam sama ada semasa bekerja dan juga diluar waktu kerja. Ianya dapat membentuk sikap positif dalam diri setiap individu dan memberi gambaran positif kepada orang sekeliling. Tanpa etika profesional seseorang individu akan dipandang sinis dan mungkin akan dipinggirkan.
Etika profesional terbahagi kepada beberapa aspek iaitu:
- protokol dan etika
- tanggungjawab dan akauntabiliti
- integriti
Protokol ialah peraturan rasmi dlm sesuatu istiadat (spt upacara menyambut tetamu luar negara).
Etika ialah prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
Tanggungjawab bermaksud sesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan ataupun kewajipan.
Akauntibiliti merupakan sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan.
Akauntibiliti merupakan sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan.
Integriti bermaksud sifat kejujuran, ketulusan ataupun keutuhan.
Sikap tanggungjawab, akauntibiliti dan integriti amatlah diperlukan dalam diri setiap individu. Ini penting bagi memastikan setiap pekerjaan/ tugasan yang diberikan/ diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. sekiranya salah satu daripada sifat ini tiada makan akan tidak sempurnalah pekerjaan yang dijalankannya.
Tanpa sikap tanggungjawab seseorang itu tidak akan dapat menyiapkan pekerjaannya dalam masa yang diberikan. Sekiranya disiapkan juga pasti akan ada kepincangan atau kesilapan. Manakala tanpa sikap akauntibiliti sesuatu hasil pekerjaan itu pasti kurang sempurna dan sekiranya ada masalah dari hasil pekerjaannya, tiada penjelasan yang konkrit bagi menyelesaikan masalah tersebut. Sikap integriti pula lebih kepada nilai positif dalam diri bagi mengelakkan belakunya salah laku, rahsuah, curi tulang, pecah amanah dan sebagainya.
Setiap individu juga harus tahu berkenaan protokol dan etika semasa menghadiri majlis rasmi. Setiap majlis mempunyai protokol dan etika bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan sesuatu acara. Oleh itu, amat perlu setiap jemputan mengetahui dan akur dengan setiap protokol dan etika sesuatu majlis tersebut. Dalam kumpulan bincangkan perkara berikut:
- protokol majlis rasmi ( jemputan, susun atur pentas, perarakan masuk vip, dsb )
- etika berpakaian dalam majlis rasmi ( tatacara berpakaian, jenis pakaian, aksesori, dsb )
- etika di meja makan semasa majlis rasmi ( susun atur kutleri, cara makan, cara duduk, dsb )
Setiap kumpulan dikehendaki melakonkan watak bagi mengambarkan setiap tajuk. Contoh bagi protokol majlis rasmi, setiap ahli kumpulan perlu memegang satu watak yang menggambarkan perjalanan sesuatu majlis rasmi. Bagi etika berpakaian pula, setiap ahli dikehendaki berpakaian rasmi seperti long suit, baju melayu, baju kurung dsb. Manakala bagi etika meja makan pula, setiap ahli dikehendaki melakonkan watak etika di meja makan dan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan.
Perbentangan akan dibuat pada 17/3/2014 semasa sesi kuliah.
Nota kaki: terima kasih di atas kerjasama menjawab soalan test secara online tadi...
No comments:
Post a Comment